TEMA 3

UNIT 4 : SUMBANGAN TERHADAP PEMBANGUNAN MASYARAKAT MELALUI PENGLIBATAN AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN

  • Penglibatan aktif rakyat Malaysia dalam aktiviti kemasyarakatan adalah sangat penting.
  • Apabila berlakunya bencana alam atau kecemasan, penglibatan aktif rakyat Malaysia secara sukarela sama ada secara individu, agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) amatlah diperlukan.


BENTUK SUMBANGAN YANG DIBERIKAN 

  • Kewangan.
  • Khidmat sosial seperti khidmat nasihat, bimbingan dan kaunseling, dan khidmat sukarelawan.
  • Khidmat kepakaran.
  • Bantuan makanan dan pakaian.

KEPENTINGAN PENGLIBATAN  AKTIF RAKYAT MALAYSIA  DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN

  • Menggerakkan aktiviti-aktivit sosial dalam masyarakat.
  • Menjalinkan hubungan persahabatan dan perpaduan.
  • Mewujudkan masyarakat yang saling bekerjasama.
  • Mewujudkan masyarakat yang progresif dan dinamik.

JENIS-JENIS AKTIVITI KEMASYARAKATAN

  • Gotong-royong : 
  • Individu boleh melibatkan diri dalam aktiviti ini yang dianjurkan sama ada oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan untuk memberi sumbangan tenaga kepada pihak tertentu seperti rumah orang tua, sekolah, komuniti setempat dan jabatan alam sekitar.
  • Lawatan : 
  • Aktiviti lawatan ke rumah kebajikan dan rumah warga emas boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan sama ada melalui badan kerajaan atau bukan kerajaan.
  • Sumbangan berbentuk idea : 
  • Memberi pendapat atau cadangan yang disumbangkan melalui media cetak atau elektronik kepada pihak tertentu.
  • Pengawasan dan keselamatan : 
  • Aktiviti pengawasan keselamatan di kawasan tempat tinggal dan untuk sesuatu program dapat mengurangkan kadar jenayah dan kemalangan yang berlaku.

1 comment: