TUGASAN

TEMA 4 :WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA.

 TARIAN PANGALAY / DALLING-DALLING


Dalling-Dalling adalah tarian tradisional kaum Suluk (Tausug) dan juga Bajau. Tarian ini mempunyai pertalian atau persamaan dengan tarian-tarian tradisional di sekitar Asia. Tarian ini juga terkandung pelbagai bahasa pergerakan badan yang tersirat di dalamnya. 

Bagi kaum Suluk, perkataan Dalling adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu 'Darling' yang bermaksud 'kekasih'. Tarian yang berbentuk gurau senda diantara pasangan yang bercinta ini ditarikan secara berpasang-pasangan (lelaki & wanita). Manakala bagi kaum bajau, perkataan Dalling dari perkataan Sinamah (bahasa bajau) yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu.

Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian Dalling-Dalling ini biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyayian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, tangan  serta pergerakan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian Dalling-Dalling ini.


Tarian ini juga diiringi oleh "sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Kadang-kadang pemuzik akan dibantu oleh seorang lagi penyanyi yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang selalunya mencecah semalaman.

Gambar :

Pemakaian penari dan gerak tubuh badan tarian Dalling-Dalling.



 Antara alat muzik yang digunakan dalam tarian Dalling-Dalling. 

*gabbang



TARIAN LIMBAI 


Tarian Limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku kaum Bajau. Tarian Limbai digerakkan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. sebaik saja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara tarian Limbai dipersmbahkan di depan pengantin.

Ia adalah upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat kabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa taran mengiringi anggota rombongan pengantin naik ke rumah. penari melambaikan selendang mereka sebagai simbol mengundang dan mngucapkan selamat datang.

Ia juga sering dipersembahkan pada majlis keramaian tertentu dalam masyarakat berkenaan. Tarian ini dipersembahkan tiga hingga empat pasangan penari dan bercirikan gerakan lenggokan tangan yang lemah lembut. Ada muzik wajib yang mengiringi Limbai ialah Tetawak.


Gambar :   
  Pemakaian dan gerak tubuh badan dalam tarian Limbai.



 Antara alat muzik yang digunakan dalam tarian Limbai 


* kulintangan

No comments:

Post a Comment