TEMA 6
UNIT 8 : MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA
- Usaha-usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh, terancang dan menyeluruh bagi kesejahteraan dan kemajuan negara.
- Hanya akan berjaya jika mendapat kerjasama semua pihak.
FAKTOR UTAMA BAGI MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA
-Sosial
- modal insan perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran, menguasai teknologi termasuk teknologi maklumat dan komunikasi, mempunyai akhlak terpuji, mampu bersaing dan berdaya tahan.
-Ekonomi
- Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti dan pelbagai.
- memepelbagaikan ekonomi negara.
-Politik
- Suasana politik yang stabil membantu pembangunan ekonomi dan sosial.
- Keamanan dan keselamatan negara menggalakkan kemasukan pelabur dan pelancong asing.
CABARAN DALAM MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA
-Politik
- Mewujudkan keadaan politik yang stabil.
- Mewujudkan pengurusan yang cekap dan profesional.
- Tiada rasuah dan ppenyelewengan.
-Ekonomi
- Menjadikan negara maju (negara industri, negara pengeluaran/pembuat dan bukan negara pengguna).
- Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan.
- Mempelbagaikan ekonomi negara.
-Sosial
- Melahirkan modal insan bertaraf dunia
- Membuka lebih peluang pendidikan tinggi dan profesional kepada rakyat.
- Mengurangkan gejala sosial khususnya dalam kalangan remaja dan belia.
UNIT 9 : MENANGANI CABARAN GLOBALISASI
- Globalisasi merupakan pengurangan atau penghapusan sekatan yang dikenakan oleh sesebuah negara terhadap sesuatu transaksi.
- Globalisasi menjadi pemangkin sesebuah negara.
- Kita tidak boleh mengelak globalisasi sebaliknya kita harus bersedia menghadapinya.
- Peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar negara akan mempengaruhi keadaan negara kerana kita mempunyai hubungan langsung dengan negara-negara lain.
- Walaupun globalisasi membawa kemajuan dalam pelbagai bidang tetapi masih terdapat kesan negatifnya.
CABARAN GLOBALISASI SERANTAU DAN DUNIA
- Pembangunan dan kecanggihan teknologi yang berlaku secara pantas dan mendadak memungkin pengaliran masuk unsur-unsur negatif seperti budaya kuning tanpa sekatan.
- Kepesatan pembangunan ekonomi dalam sektor pembinaan, pembuatan dan perladangan telah mengundang kemasukan tenaga buruh asing secara beramai-ramai.
- Harga minyak yang tidak stabil dalam pasaran dunia mempengaruhi kehidupan penduduk.
- Industri automotif terpaksa menerima tempias daripada fenomena globalisasi.
LANGKAH INDIVIDU, MASYARAKAT DAN PEMIMPIN MENGHADAPI CABARAN GLOBALISASI.
- Membuat perubahan dalam sistem pendidikan negara.
- Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.
- Menjaga kedaulatan negara.
- Memastikan industri tempatan mampu berdaya saing.
LANGKAH MENANGANI CABARAN GLOBALISASI
-Ekonomi
- Sektor swasta perlu membina "perikatan strategik" di antara satu sama lain melalui koperasi. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan bersaing syarikat-syarikat.
- Kerajaan harus menggalakkan penyertaan masyarakat dalam perbahasan penyelarasan dasar ekonomi,dengansecara aktifnya untuk mendapatkan sokongan yang lebih luas daripada penduduk.
- Kerajaan Malaysia harus mengadakan kerjasama serantau lebih ketat kerana globalisasi ekonomi lebih menguntungkan negara maju berbanding negara membangun.
- Kerajaan harus menguatkan koordinasi dalam permasalahan penetapan kadar pertukaran.
- Kerajaan harus memulakan dan menyokong projek-projek utama yang boleh mendatangkan impak yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi. Projek-projek mega yang telah dirancang harus dilaksanakan dengan lancar dibawah pengawasan dan perancangan yang ketat. Selain, kerajaan patut mengenal pasti dan menjalankan projekmega yang baru bagi memangkinkan pertumbuhan.
- Kerajaan harus memberi sokongan penuh kepada sektor-sektor yang baru muncul yang berpotensi untuk berkembang untuk memastikan pertumbuhan dinamik serta mapan sektor-sektor berkenaan. Mereka juga harus menerokai sumber pertumbuhan dan pendapatan baru. Sumber semula jadi dan kepelbagaian bio boleh ditingkatkan bagi meluaskan ekonomi melalui penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan produk.
- Langah seterusnya adalah meningkatkan kemudahan infrastruktur. Kerajaan harus memberi keutamaan kepadaperbelanjaan sektor awam dan swasta untuk meningkatkan daya saing ekonomi , menarik pelaburan baru danmenghasilkan sumber pertumbuhan ekonomi yang baru. Cara inin dapat membantu memangkinkan industripembinaan dan dengan itu mengurangkan kesan kelembapan pertumbuhan ekonomi global.
-Sosial
- Rakyat harus menanamkan semangat nasionalisme yang tangguh dan semangat bangga sebagai rakyat Malaysia harus dipupuk. Kita harus menyahut seruan kerajaan untuk menyokong barangan buatan tempatan untuk meningkatkan persaingan produk tempatan terhadap produk buatan Negara asing.
- Kita harus memberikan penekaan terhadap aspek ajaran agama. Nilai murni dan akhlak harus diberikan penekananyang utama terhadap generasi muda. Hal ini dapat membina jati diri yang teguh dalam kalangan remaja. Pegangannilai moral yang kukuh membantu kita menghadapi arus globalisasi.
- Kerajaan juga harus meningkatkan kompetensi kerja untuk mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.Program latihan tenaga kerja dapat memberi nilai tambah yang baik dari segi ekonomi dan sosial.
UNIT 10 : MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN PENGIKTIRAFAN DUNIA TERHADAP NEGARA
- Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan pelbagai bidang.
- Malaysia telah membuktikan kecemerlangan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan dan bioteknologi
- Bidang pendidikan :
- Institusi pendidikan awam dan swasta yang bertaraf dunia seperti UPM,USM, Segi College, Inti College dan lain-lain.
- Akademi PILOT Malaysia –kursus juruterbang.
- Program pertukaran pelajar
- Bidang kesihatan
- Institut Jantung Negara (IJN) –institut kesihatan terbaik dunia .
- Penemuan bioubatan genetic.
- Pusat kecemerlangan bertaraf dunia dalam bidang pembedahan endoskopik pediatrik.
- Bidang bioteknologi
- Universiti Institusi Selangor - UNISEL
- Koridor Raya Multimedia ( MSC)
- Kemudahan Infrastruktur dan prasarana
- Mercu tanda negara seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC).
- Lapangan Terbang Antarabangsa .
- Bandar-bandar satelit seperti Cyberjaya.
- Bidang pertanian
- Kejayaan bidang bioproses dalam membangunkan bahan biodegradasi seperti bioplastik.
- Pengeluar dan pengeksport kelapa sawit terbesar dunia.
- PORIM- Penghasilan biodiesel daripada kelapa sawit.
LANGKAH MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN SERANTAU
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif, aman dan selamat.
- meningkatkan kualiti pendidikan negara.
- menambah bilangan tenaga mahir dalam pelbagai bidang.
- membangun dan menggalakkan penyelidikan.
- dasar-dasar menggalakkan pelaburan dan kemasukan teknologi luar.
- mengurangkan karenah birokras.
- Menyediakan kemudahan dan prasarana bertaraf dunia.
- Mengadakan Perjanjian Persefahaman(MoU) untuk mendapatkan kerjasama dalam pelbagai bidang
sangat berguna. :)
ReplyDeletehelp me with my work
ReplyDeleteyoko
Delete