TEMA 4

UNIT 5 : SUMBANGAN PELBAGAI PIHAK TERHADAP PENGEKALAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA

  • Warisan ialah sesuatu yang diterima secara turun temurun daripada satu generasi ke satu generasi.
  • Warisan menggambarkan cara hidup dan jati diri sesuatu bangsa yang perlu diwarisi serta dikekalkan.
  • Warisan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu warisan ketara dan warisan tidak ketara.
-Warisan ketara
  • Monumen dan bangunan.
  • Artifak.
  • Tapak tanah bersejarah. 
  • Alam semula jadi.
-Warisan tidak ketara
  • Acara perayaan. 
  • Seni tampak
  • Seni persembahan 
  • Seni perubatan 
  • Permainan tradisional 
  • Ritual/ kepercayaan

KEPENTINGAN MENGEKALKAN BUDAYA MALAYSIA

  • Mengenalkan dan mewariskan budaya kepada generasi akan datang
  • Memelihara dan memulihara warisan negara.
  • Memperkenalkan semula seni yang hampir pupus kepada generasi muda.
  • Menjana ekonomi negara
  • Membentuk jati diri bangsa Malaysia

SUMBANGAN INDIVIDU, AGENSI-AGENSI KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM MENGEKALKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA

Individu :
  • Melibatkan diri dalam aktiviti warisan budaya.
  • Mempromosikan, melatih, membangunkan dan mengekalkan warisan budaya.
Agensi kerajaan :
  • Membangunkan dan mempromosikan pengusaha dan industri kraf negara.
  • Memperoleh, menyimpan dan memelihara khazanah warisan negara.
  • Mengawas, memelihara, memulihara dan membaik pulih berbagai-bagai jenis warisan.
  • Merancang, mengendali dan menyelenggara pameran tetap dan sementara untuk menyebarkan ilmu. pengetahuan tentang warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi negara.
  • Mementaskan seni persembahan.
  • Melatih pelajar secara formal bagi melahirkan karyawan, seniman, dan penggiat seni yang berilmu.
  • Membangunkan industri perfileman negara.
Badan bukan kerajaan :
  • Menganjurkan festival kesenian melalui aktiviti-aktiviti seperti dramatari dan pameran.
  • Mengembalikan kegemilangan pakaian kebaya nyonya.
  • Mempromosikan industri batik.
  • Memperkembangkan dan memajukan seni silambam (seni mempertahankan diri ).
  • Mengekalkan warisan budaya etnik Kadazandusun.
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan masyarakat dengan penghayatan alam semula jadi.

UNIT 6 : MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA DI DALAM DAN LUAR NEGARA

  • Cara yang efektif dalam memartabatkan warisan budaya Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. 

CARA-CARA MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA 

  • Menganjurkan pelbagai pameran.
  • Mengadakan forum.
  • Memberikan ceramah.
  • Menyediakan poster.
  • Membina papan iklan.
  • Menyediakan dan mengedarkan risalah.
  • Menghasilkan dokumentari.
  • Mengajurkan lawatan kebudayaan.
  • Menganjurkan festival kebudayaan.
  • Menganjurkan program pertukaran belia antarabangsa.

EGEN YANG MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA

Duta kecil :
  • pelajar
  • Belia
  • Prang perseorangan
Media cetak :
  • Akhbar
  • Majalah
  • Brosur
  • Poster
  • Buku
Media Elektronik :
  • Internet 
  • Radio
  • Televisyen
  • Filem



No comments:

Post a Comment