TEMA 5
UNIT 7 : MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA
- Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.
- Demokrasi diubah suai mengikut acuan, keperluan, dan kepentingan masyarakat berbilang agama dan budaya.
- Hal ini kerana, untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA DAN MEMEPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA
-Pemerintah
- Memperkukuhkan sistem pertahanan dan keselamatan negara.
- Menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
- Memperkukuh ekonomi negara.
- Mewujudkan sistem sosial dan pendidikan yang boleh melahirkan modal insan bertaraf dunia.
-Masyarakat
- Menjaga dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum.
- Membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosial.
-Individu
- Cinta akan negara, bersemangat patriotik dan sanggup berkorban untuk negara.
- Menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa.
- Menjaga akhlak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.
SEJARAH KEWUJUDAN RUKUN NEGARA
- Rukun negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.
- Ia di bentuk pada 31 Ogos1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
MATLAMAT RUKUN NEGARA
- Mengembalikan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
- Melahirkan masyarakat yang demokratik, adil, progresif dan bersikap terbuka.
- Menjadi panduan untuk mewujudkan negara yang bersatu padu dan berdaulat.
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
- Kepercayaan kepada tuhan
- Kesetiaan kepada raja dan negara
- Keluhuran dan perlembagaan
- Kedaulatan undang-undang
- Kesopanan dan kesusilaan
MELENGKAPKAN DIRI UNTUK MEWARISI NEGARA
- Generasi muda merupakan bakal pemimpin dan pewaris negara pada masa depan.
- Pewaris negara, pelajar-pelajar perlu lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Pewaris negara yang bertanggungjawab dan layak untuk menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan mestilah mempunyai jati diri yang kukuh, berilmu pengetahuan dan berkemahiran, memiliki kerohanian yang teguh dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
CIRI-CIRI PEWARIS NEGARA YANG YANG LAYAK DAN BERTANGGUNGJAWAB
-Jati diri
- Menghormati peraturan, tradisi dan undang-undang negara.
- Mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan diri.
- Berkomunikasi dengan selesa dengan kaum lain.
- Menyokong hasrat dan cita-cita negara.
- Meletakkan kedudukan Bahasa Malaysia di tempat yang dihormati.
-Ilmu
- Melengkapkan diri dengan ilmu yang baru dan inovatif, sains dan teknologi, teknologi maklumat, bioteknologi dan juga ilmu agama.
-Kemahiran
- Merupakan kecekapan yang dimiliki oleh seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lancar.
- Kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris.
- Kemahiran dalam ICT dan teknikal.
- Kemahiran menyelesaikan masalah.
-Kerohanian
- Memiliki kerohanian diri yang teguh dengan mengamalkan nilai perikemanusiaan.
- Tidak takut kepada cabaran.
- Tidak tunduk kepada tekanan.
- Tidak mudah berputus asa.
-Nilai-nilai murni
- Nilai amanah, jujur, adil, rajin, berintegriti, berhemah tinggi dan telus.
good content, i love it.
ReplyDeletedonde donde
ReplyDeleteHai
ReplyDeleteCabaran2 dihadapi oleh pewaris negara???????
ReplyDeleteIpong driver bas hensem
ReplyDeletePong love sudu
ReplyDeleteUcop physic paper1 49
ReplyDeleteHai cop
ReplyDeleteIpong suka pop
ReplyDeleteBaru tahu ke
ReplyDeleteHai pong
ReplyDelete